Temuduga / Eksesais Pengambilan Konstabel PDRM (Lelaki & Wanita) – Mac 2016

by admin on January 27, 2016

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengajak individu berasal daripada warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berusia tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun untuk bersama-sama menyertai PDRM bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Konstabel (Wanita)
2. Konstabel Sokongan (Lelaki & Wanita)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iklan temuduga / Eksesais Pengambilan Konstabel Wanita & Konstabel Sokongan Lelaki dan Wanita ini, sila klik di sini.

 

Tarikh tutup permohonan : 01 Februari – 01 Mac 2016
Penempatan : Seluruh Malaysia

PERHATIAN! Sila baca dahulu Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel atau Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel Sokongan untuk panduan sebelum menghadiri ujian tersebut.

Calon-calon yang telah mendaftar melalui sistem Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi tahun 2014/2015 boleh menghadirkan diri pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat yang ditetapkan (Lampiran ’A’).

ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA PERKARA-PERKARA BERIKUT :-

  1. Salinan dan bukti mengesahkan telah membuat permohonan melalui SPA tahun 2014/2015.
  2. Kad pengenalan asal dan 1 salinan;
  3. Sijil kelahiran asal dan 1 salinan;
  4. Sijil SPM, PMR dan Sijil Tertinggi asal dan 1 salinan;
  5. Sijil berhenti sekolah asal dan 1 salinan;
  6. 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa, 1 salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau sijil kematian ibu dan bapa;
  7. 1 salinan sijil kewarganegaraan (jika ada) bagi calon, ibu dan bapa;
  8. 1  keping gambar terkini berukuran pasport;
  9. Pen-ball point, liquid paper serta gam;
  10. Bawa seluar pendek dan t-shirt berlengan pendek untuk pemeriksaan fizikal (Lelaki/Wanita);
  11. Sekiranya anda gagal membawa sijil-sijil asal atau tidak hadir di pusat ujian pada masa yang ditetapkan, anda tidak dibenarkan menjalani ujian pemeriksaan tersebut.
  12. ANDA DIKEHENDAKI BERPAKAIAN SUKAN (TRACK BOTTOM DAN T-SHIRT BERKOLAR) SERTA BERKASUT SUKAN SEMASA MENGHADIRI UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL. (JEANS, KEMEJA-T DAN SELIPAR TIDAK DIBENARKAN).
  13. Anda dikehendaki hadir di pusat ujian pemeriksaan fizikal sebelum jam 9.00 pagi.
  14. Anda dinasihatkan bersarapan pagi sebelum menghadiri Ujian pemeriksaan fizikal.
  15. Calon-calon yang gagal membawa dokumen-dokumen asal dan tidak mencukupi syarat-syarat skim perkhidmatan akan diarahkan balik.
  16. Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi talian berikut:- 03-22668347 / 8349 / 8350 / 8351 / (Unit Pengambilan).

Untuk mengetahui tarikh dan lokasi Dokumentasi / Ujian Fizikal bagi calon Konstabel Wanita dan Konstabel Sokongan Lelaki & Wanita, sila rujuk lampiran di bawah.




KLIK UNTUK JAWATAN KOSONG PDRM YANG LAIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda :

  • soalan temuduga polis konstabel
  • semakan keputusan ujian mit konstabel pdrm 2017
  • ujian mit konstabel polis 2017
  • ujian mit pdrm 2016
  • maksud temuduga eksesais
  • semakan pemilihan pdrm
  • panggilan ujian mit 2017
  • ujian mit pdrm 2017
  • semakan pengambilan polis 2017
  • semakan pdrm 2016

{ 24 comments… read them below or add one }

Farhana January 28, 2016 at 4:10 pm

Kalau dh update untuk tahun 2016 macam mana?? Boleh x buat temuduga??

Reply

as January 28, 2016 at 9:46 pm

X pe…print out je resume kt spa..aku dh kol mreka td..

Reply

Farhana January 31, 2016 at 11:26 pm

Okay… terima kasih^^

Reply

fedelin January 29, 2016 at 3:13 am

Sy Tlh Mndaftar Dri Di Lman SPA8i utk jwtan konstabel sokongan..,Ttpi .,Sy ingin btnya..dpt kh sy mmohon utk jwtan Konstabel Gred YA1 ?

Reply

liza lina February 2, 2016 at 12:06 pm

klau pergi tmuduga tanpa brang spa tu dpt tdk???? sbb sya tdak tahu nak 0nline??

Reply

NURAIN BINTI MUHAMAD AZIMI February 4, 2016 at 11:33 am

a’aah saya pon tak paham .. kalau pergi temuduga teros boleh tak ?

Reply

admin February 4, 2016 at 12:46 pm

Mesti ada resume yang dicetak daripada laman web SPA.

Reply

mustika muliady February 3, 2016 at 6:33 pm

Assalamualaikum , sye nak tanye macam mane nak check ye keputusan konstabel wanita gred YA 1 . Saya nak tahu , saye dapat ke tidak . Sebab tahun 2015 hari saya dah mohon tapi tak tau dpat ke tak . Just email me .

Reply

mustika muliady February 3, 2016 at 6:34 pm

Assalamualaikum , sye nak tanye macam mane nak check ye keputusan konstabel wanita gred YA 1 . Saya nak tahu , saye dapat ke tidak . Sebab tahun 2015 hari saya dah mohon tapi tak tau dpat ke tak . Just email me .
Mustikam93@gmail.com

Reply

diviya February 4, 2016 at 3:13 pm

good afternoon ..if i did not register myself is spa…2014/2015…..still can i join…..?

Reply

user February 8, 2016 at 9:22 pm

Klu yg apply 18.01.2016 ..boleh ke pergi temuduga

Reply

megalaha February 22, 2016 at 3:15 pm

Jike saya tiada daftar spa 2014/2015.. Blh saya datang .??!!

Reply

siti naqiah ain February 23, 2016 at 9:18 am

Klo.saya baru isi boleh tak join temuduga to

Reply

arifah March 1, 2016 at 5:16 pm

salam 1 malaysia.
nak tanya 1 soalan.
saya baru lepas interview konstabel wanita di melaka,
dan saya lepas interview dapat 1 surat kecil. dan dia suruh tunggu untuk MIT.
mcm mane nak tahu bile kite pergi ujian MIT tu ye..?

Reply

lina sabah March 3, 2016 at 12:08 am

wahhhh. sy pon bru je lpas kna interview kelmarin. n lulus. ooo lpas ni kna tungu MIT ke

Reply

wid March 10, 2016 at 11:08 am

salam. interview fizikal dah buat ke? sb saya dah interview haritu bulan 2 tapi masih takde jawapan lagi,

Reply

lina sabah May 31, 2016 at 9:37 pm

eah yeke? sthu sy, skng ni diorang buat fizkal kat smnanjung ag kos xhbs hari tuh. kna priksa brt n tinggi je. bru je hbs hri ni 31hb. btul ke korang kene suruh buat MIT dha?

Reply

anisa binti hamsiah March 11, 2016 at 5:18 pm

sya berminat dngan krja ini harp2x ada rezeki

Reply

suhada March 23, 2016 at 1:07 pm

bile result utk pngilan ujian fzkal dkeluarkn..sy ad walk in aritu sblm raya cina di ipk fru n dh anta smue sjil yg dminta..sy takot tlepas..nt ad dhantar surt pngiln kn..

Reply

suhada March 23, 2016 at 1:30 pm

pless infom bile pngiln ujian fzkal utk konstbel wanita…

Reply

Az August 30, 2016 at 6:20 pm

Salam satu malaysia
Nk tanye ni sy lepas ujian fizikal utk kons wanita pada 29,2,2016
Sampi skg xtau lagi dapat ke x untuk MIT
Dh ade yg kne panggil ke? Or MIT utk kons wanita belum dipanggil?

Reply

ila October 28, 2016 at 4:14 pm

Saya calon sabah yang dah lulus ujian fizikal utk konstable wanita..drg ckp tggu kena pggl MIT.sampai skrg masih tunggu lagi, sy amat berharap utk dapat lepas sampai ke temuduga dan dpt berkhidmat dgn PDRM..

Reply

AINOL A/L GHANI November 21, 2016 at 9:42 am

saya nak tanya adakah lagi peluang untuk memasuki pdrm sebab sebelum nie saya dah lepas chek fizikal pada 2014 pas 2 temudga tak hadir bab surat lambat sampai kat saya untuk panggilan temuduga….jadi ada tak peluang lagi?

Reply

shikin rahim November 28, 2016 at 7:05 pm

salam,saya nk tanya,bila mit utk konstabel wanita akan panggil???saya dah lulus ujian fizikal pada bulan may 2016,tp smp skrg xada panggilan lg utk MIT…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:




...